Posted by
shamawar
comments (0)
From Damia':
Hai kawan2..nama saye Damia' Rujhaa binti Ahmad Zainol Arifin.. Mia dilahirkan pada 20 Julai 2009 di Kuantan.. tak lama lagi birthday Mia.. haa..ajak laa ibu ayah kawan2 datang rumah Mia nanti... ni birthday pertama Mia..haaa sempena birthday Mia ni, walid Mia buatla contest ni..nak kumpul2kan kawan2 Mia kat luar sana.. haa..ape lg kawan2.. jom la..mintak ibu ayah kawan2 snap gambar kawan2 yang paaaaaling cute skali... walid cakap ade hadiah menarik menanti kawan2..tak dapat datang umah Mia pun takpe.. nanti Mia suruh walid post hadiah tu kat kawan2..hihi... =p walid cakap, cara nak sertai contest ni mudah je kawan2.. ok meh Mia nak terangkan satu2...
- mula2..kawan2 suruh ayah kawan2 jadi follower blog Mia ni..hihi..blh tahu update pasal contest ni nanti..haaa..kawan2 blh klik kat sini >>>> KLIK
♥ From Fatinah ♥
Assalamualaikum wbt semua...
Assalamualaikum wbt semua...
ShaMawar pun nak join contest ni. Actually, blog ShaMawar ni dah lama sangat tak update maklumla masalah internet. So, pasal Mawar pregnant pun tak ada cerita. InsyAllah lepas ni akan ada ceritanya... Tiba-tiba je dapat baby... Alhamdulillah. Nak join contest Damia’ Rujhaa ni dulu k...
Dikesempatan ini ShaMawar nak memperkenalkan Permata Hati ShaMawar yang diberi nama NURMAWADDAH FATINAH BINTI FAIRUL SHAM SUHARDI. panjang sangatla nama ni kan, boleh panggil Fatinah or Fatin. nama Fatinah ni abah yang pilih.
nak ceritala sikit tentang Fatinah ni...Fatinah keluar dari perut ummi pada 29hb Mei 2010 jam 11.o5malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan ( HTAA ) seberat 2.5kg. cian ummi Fatinah taw, Fatinah nak keluar kena bedah. sebabnya doktor kata jari Fatinah duk kat atas kepala. jadi doktor takut tangan Fatinah kuar dulu, so knala bedah...alhamdulillah selamat dah Fatinah dan ummi.
sekarang ni umur Fatinah baru 1 bulan 2 minggu lebih. kebetulan
ummi ada terbaca contest ni kat blog ummu Iffah. dah ada baby sendiri ni, bolehlah ShaMawar join contest ni. jadi sibukla ShaMawar duk snap wajah2 Fatinah. maklumla, Fatinah kan baru 1bln, tak berapa pandai lagi nak posing depan kamera. inilah hasilnya =)
NAMA♥
♥ NURMAWADDAH FATINAH BINTI FAIRUL SHAM SUHARDI
UMUR♥
♥ 1 BULAN 2 MINGGU
TARIKH LAHIR♥
♥ 29 MEI 2010
Ini merupakan kali pertama Fatinah join contest ni. ada rezeki Fatinah, dapatla hadiah kan ibu n walid Damia'??? =) Tudung ni ummi Fatinah yang belikan taw..sebab abah Fatinah suruh Fatinah pakai tudung.. kan Fatinah perempuan, knala tutup aurat kan...???
Kepada Damia' ( kawan baru Fatinah ), tak tahu lagi dapat tak hadir ke majlis Fatinah. tp ummi Fatinah ada di Kuantan lagi sekarang. insyAllah ada rezeki ketemu nanti. bulan 8 nanti Fatinah dah nak balik ke Perak...nak jmpa kawan2 kat sana plak..
Salam sayang ukhwah Fillah dari ShaMawar ♥ Fatinah... ^__^

Labels:
♥Nurmawaddah Fatinah♥
Posted by
shamawar
comments (0)
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Labels:
perkahwinan
Posted by
shamawar
comments (0)
Panduan untuk bakal ibu bapa.
Orang merasakan menjadi isteri itu mudah. Jikalau menjadi isteri itu mudah, mengapakah kita lihat hingga 70 peratus mereka yang berkhawin di Lembah Klang bercerai ? Berita pada Oktober 1999 menyatakan di Singapura, kadar perceraian umat Islamnya ialah 25 peratus. Sebenarnya setiap lelaki dan perempuan perlu belajar ilmu untuk mendirikan rumah tangga sesuai dengan kehendak Islam. Malangnya, ramai muda mudi masa kini menjadikan cerita hindustan dan movie dari barat sebagai panduan untuk berumah tangga. Kalau ikut orang barat, jumpa beberapa jam sahaja sudah boleh diikuti dengan babak diatas katil. Bagi kebanyakkan orang arab, ibu mengajarkan ilmu bilik tidur kepada anak perempuan mereka. Lelaki mereka pula diajarkan ilmu agama yang bukan setakat mengucap syahadah dan sembahyang serta mandi wajib sahaja kerana hanya ilmu agama sahaja yang dapat memberikan jaminan satu rumah tangga yang dibina akan kukuh, harmoni, diberkati, dirahmati dan kekal keanak cucu.
Sebagaimana kita perlu banyak melakukan persediaan diri sebelum mencari pasangan hidup, begitulah juga kita sewajarnya melengkapkan diri sebelum merelakan untuk menjadi ibu atau bapa. Manusia dijadikan Allah berbeza dengan haiwan. Burung kalau nak bertelur Allah jadikan pandai mereka membuat sarang secara otomatis tanpa perlu belajar. Manusia secara fitrahnya memang berbeza dengan haiwan dimana manusia diwajibkan belajar termasuk belajar bagaimana untuk menjadi ibu yang solehah. Malangnya masyarakat kini sanggup mengeluarkan berpuluh ribu ringgit hanya untuk pendidikan sekular bagi kepentingan ekonomi diri sendiri sahaja tetapi untuk kepentingan agama yang bakal menjamin kebahagian hidup dan rumahtangganya, tak ramai yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak. Samalah kesnya seperti ibu bapa yang bila bayar RM100 untuk tuition kimia tak jadi masaalah tetapi bila ustaz mengajar AlQuran minta RM20, banyak sangat soal jawabnya.
Islam mendidik kita dari peringkat awal sekali iaitu sebelum suami isteri berjimak hendaklah berdoa
yang bermakna "Ya Allah jauhkan kami dari syaitan dan jauhkan syaitan dari anak yang engkau kurniakan".
InsyaAllah tuhan akan melindungi dan memberikan berkat dan rahmat keatas suami isteri tersebut. Tanpa doa ini syaitan akan terlebih dahulu menjimak isteri tersebut. Dengan doa dan izin Allah kelak benih yang bertemu antara benih bapa dan ibu selepas jimak ini akan dilindungi Allah dari gangguan syaitan.
Benih ibu yang bercantum dengan benih bapa akan menyebabkan si ibu akan mengandung. Pendidikan untuk mendapatkan anak yang soleh bukan selepas anak dilahirkan tetapi adalah bermula dari saat ini. Jikalau bermula dari saat ini si ibu lebih kerap murung dan penyedih maka kelak anaknya akan murung dan penyedih jugalah. Jikalau si ibu bermula dari saat ini mengubah dirinya kepada sifat-sifat yang mulia, insyaAllah anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang mempunyai sifat yang mulia.
Mengapa saya hanya menekankan faktor ibu sahaja dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Adakah bapa tidak mempunyai peranan dalam pembentukan pribadi anak yang bakal dilahirkan? Sebenarnya Islam mengajarkan bahawa sebaik sahaja seorang lelaki menerima seorang perempuan sebagai isterinya, maka berpindahlah tanggung jawab mendidik perempuan ini dari ibu bapanya kepada si suami. Sebagai suami, kewajipannya bukanlah setakat mencari rezeki, memberikan tempat berlindung dan memberikan nafkah batin tetapi perkara penting yang para suami telah ramai melupakannya ialah mendidik isteri mereka kearah islam yang sejati. Jikalau sebelum mengandung si suami telah banyak mendidik isterinya dan proses ini berterusan sepanjang hayat, sudah pasti si ibu akan menjadi isteri yang solehah dan isteri ini bakal melahirkan putera-puteri yang soleh-solehah dan berpribadi mulia. Tetapi yang banyak berlaku pada masa kini ialah Suami isteri macam 2 x 5. Suami dan isteri sama-sama miss sembahyang subuh dan zuhur. Suami pergi kerja pasang badan dan isteri pergi kerja dengan make up yang tebal dan pakain yang menggiurkan berwarna warni serta dengan wangian yang mempesonakan. Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmannya pada surah An Nuur ayat 26 :
"Perempuan-perenpuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan sebaliknya …".
Kalau kita banyak risau dan gelisah itu adalah satu tanda bahawa kita bukan orang mukmin sesuai dengan ayat diatas. Saat menanti kelahiran ini boleh mengubah orang yang cuai sembahyang kepada rajin sembahayang. Perbaikilah diri kita semoga menjadi seorang yang benar-benar Islam sejati semoga diantara rahmat dari Allah kelak kita menanti saat kelahiran bayi ini dengan hati yang tenang.
Saat melahirkan bayi bagi seorang bakal ibu cukup menakutkan. Berbagai-bagai cerita yang kita dengar tentang azab ibu yang melahirkan anak sehingga kematian ibu yang melahirkan anak diberikan satu kedudukan yang tinggi dalam Islam sebagai salah satu jenis mati syahid. Namun demikian persoalan yang perlu kita fikirkan ialah mengapa ada orang melahirkan anak dengan cukup mudah manakala ada pula mereka yang melahirkan dengan cukup masaalah dan azab hingga berhari-hari ? Jawapannya ada didalam Al Quran As-Syuura’ ayat 30 :
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan mu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (kesalahan-kesalahan mu)".
Jikalau seorang ibu melahirkan anak dengan banyak azab, maka Tuhan sebenarnya ingin memaafkan sebahagian dosa kita yang lalu (kalau kita redha dengan ujian ini dan tak memaki hamun dan menyumpah seranah). Nasihat saya ialah semoga saat melahirkan bayi dilalui dengan mudah, lancar dan tenang maka ibu bapa perlu lah mengelakkan sebarang dosa terutamanya dosa yang besar dan jikalau ada dosa-dosa yang lalu seperti dosa isteri dengan suami, dosa suami dengan isteri, dosa kepada ibu bapa, dosa kepada jiran dan dosa kepada rakan hendaklah diselesaikan segera sebelum saat kelahiran bayi . Mudah-mudahan dengan kurangnya kesalahan kelak Tuhan memudahkan proses kelahiran bayi.
Setelah bayi selamat dilahirkan dan telah dbersihkan badannya, seperti yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW, belahlah (tahnik) mulut bayi anda dengan menyapukan buah tamar yang sudah dilumatkan (atau madu) kelangit-langit mulut bayi anda dengan hujung jari.
Apabila Lahirnya sahaja anak pertama yang sempurna dan comel janganlah kita pula menjadi syirik sesuai dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190
"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur"
Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan"
Apakah yang dimaksudkan dengan Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah? Akibat dari dhaifnya umat Islam masakini mereka telah melakukan apa yang Allah telah nyatakan dalam Quran ini. Lihatlah betapa setelah Allah berikan anak yang sempurna (tak cacat) mereka terus syirik tanpa disedari. Mula-mula sekali uri yang lahir bersama bayi tadi akan dibersihkan dibubuh garam, paku dan jarum lalu ditanam dalam bekas. Malamnya pula ada yang memasang pelita diatas uri tersebut. Bukankah garam, paku dan jarum tadi telah menjadi tangkal sesuai dengan hadith sahih Turmizi dan Al Hakim diatas. Disini tanpa jumpa bomoh ibu bapa telah menjadi syirik hanya atas nasihat orang tua mereka. Kalau kita soal kepada orang tua kita mengapa perlu bubuh garam, paku dan jarum, mereka akan berkata bahawa ini adalah ikhtiar untuk melindungi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Disinilah silap kita yang telah menyerupai amalan orang Cina seperti yang telah dihujahkan ditas. Kita sepatutnya memohon terus perlindungan dari Allah tanpa melalui perantaraan benda seperti garam, paku dan jarum.
Seterusnya ramai ibu bapa melakukan syirik lagi tanpa disedari dengan meletakkan pula benda-benda seperti gunting, paku, kacip, bawang putih, bawang merah dll disekitar bayi tadi dengan tujuan untuk melindungi bayi dari gangguan hantu, syaitan dan jin. Bukankah ini sudah jelas hukum syiriknya dan sesuai pula dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190 diatas. Bila saat mengandung berdoa berbagai-bagai tetapi bila dapat saja anak terus jadi kafir musyrik kerana mensekutukan Allah. Setengah orang pula tidak meletakkan barang-barang ini disekitar bayi tetapi menggantikannya dengan meletakkan surah Yaasin dan ada pula yang meletakkan AlQuran disisi bayi dengan alasan yang sama. Maka menurut definasi azimat diatas, ibu bapa ini telah menjadikan Yaasin dan AlQuran sebagai azimat dan hukumnya tetap syirik. Ia juga sesuai dengan
"dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud : Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal dari AlQuran atau bukan dari AlQuran".
Sebenarnya mereka yang menggunakan Yaasin dan Quran untuk menjauhkan gangguan hantu , syaitan dan jin adalah mereka yang terpengaruh dengan menonton movie hantu dan dracula barat dan cerita hindustan dimana hantu, syaitan dan dracula ini takut kepada kayu salib dan "holy water". Oleh kerana mereka adalah orang islam maka mereka menggunakan Yaasin dan Quran dengan tujuan yang sama. Maka dengan ini orang Islam yang menggunakan azimat dari Quran ini telah menggolongkan diri mereka sama dengan orang kafir tersebut.
Sebenarnya dengan menggunakan tangkal dan azimat bagi melindungi bayi akan menjadikan bayi tersebut lebih terdedah kepada gangguan yang akan mengakibatkan bayi kerap menangis terutamanya menjelang maghrib dan tengah malam. Syaitan telah mengganggu bayi tersebut dengan harapan ibu bapa dhaif ini akan berjumpa pula dengan bomoh/dukun/pawang agar mereka terjerumus kedalam lembah syirik yang semakin dalam.
Allah berkuasa menjadikan segala rupa kejadian. Bayi yang kita lihat lemah tak bermaya diberikan oleh Allah satu kelebihan yang tidak terdapat pada orang dewasa dan kanak-kanak. Bayi boleh melihat hantu/syaitan/jin yang mengganggu. Itulah sebabnya bayi ini mudah menangis terutamanya waktu menjelang senja dan tengah malam. Secara umumnya bayi akan mengangis apabila lapar, kencing, berak dan sakit atau tak selesa. Jikalau bayi tak lapar, tak kencing, tak berak tidak sakit/kembung perut dan dalam keadaan selesa tetapi setelah dipujuk pun terus mengangis untuk tempuh waktu yang lama maka bayi ini sedang mengalami gangguan dari syaitan. Pada kebiasaannya, syaitan yang mengganggu bayi ini adalah syaitan yang kita jemput secara resmi. Apabila dipersekitaran bayi atau didalam rumah banyak benda-benda tangkal dan azimat maka syaitan akan mendampingi benda-benda ini. Syaitan inilah yang mengganggu bayi ini.
Akan ada orang bertanya mengapa apabila saya bawa bayi yang diganggu syaitan ini kepada bomoh, anak saya diam dan sembuh pula sedangkan bomoh ini juga gunakan khidmat syaitan. Jawapannya ialah bahawa sebenarnya syaitan ini ada mesyuarah dan pakatan diantara syaitan-syaitan dan matlamatnya adalah agar manusia terus syirik. Syaitan dari bomoh tersebut telah berpakat dengan syaitan asal yang mengganggu bayi agar jangan lagi mengganggu bayi ini. Perkara ini nampak seolah-olah syaitan telah menolong bomoh dan bayi tersebut. Sememangnya benar syaitan ini menolong bayi tetapi keuntungan jauh lebih besar yang diperolehi oleh syaitan ialah ibubapa bayi ini telah murtad dan syirik dengan berjumpa bomoh dan menerima tangkal/azimat dari bomoh tersebut.
Namun demikian satu perkara yang menarik yang perlu difikirkan oleh semua orang Islam ialah "adakah selamat dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini kekal ?". Jawapannya ialah kembali kita kepada Al Quran As-Syuura’ ayat 30 diatas, setiap yang berdosa akan menerima musibahnya. Secara kebiasaannya (hukum adat seperti yang ditetapkan oleh Allah), selamat (aman) dari gangguan syaitan (dengan jumpa bomoh) ini hanya akan bertahan untuk tempuh selama 30 hingga 40 hari sahaja. Selepas tempuh ini syaitan akan terus mengganggu bayi ini dengan tujuan supaya ibubapa ini akan berjumpa lagi dengan bomoh yang sama. Dengan ini bomoh mendapat sumber pendapatan yang tetap dan manusia dapat terus disesatkan oleh syaitan.
Demi kesejahteraan bayi yang baru dilahirkan dan demi menjaga aqidah sebagai seorang beragama Islam, jauhilah syirik. Jikalau didalam rumah ini sudah sedia ada tangkal/azimat sebelum kelahiran bayi, maka bersihkan rumah ini dari benda-benda ini semoga bayi akan sentiasa dibawah perlindungan Allah dan selamat dari gangguan syaitan. Orang yang melakukan syirik dengan otomatis akan gugur perlindungan yang diberikan oleh Allah dan dengan itu terdedah pula kepada gangguan syaitan.
Suami isteri yang mengharapkan kelahiran bayi yang sihat dan sempurna selalu berdoa kepada Allah. Sewaktu ini kalau Tuhan meminta sesuatu sebagai jaminan keselamatan bayi pasti akan kita tunaikan walaupun seberat mana sekalipun. Jadi setelah seorang bayi comel yang sihat dan sempurna diberikan oleh Allah, apalah salahnya sebagai tanda kesyukuran kita menjamu orang yang layak dijamu seperti fakir miskin, janda-janda dan anak yatim. Dengan ini Islam telah menuntut agar pasangan yang mendapat anak lelaki menyembelih 2 ekor kambing dan 1 ekor kambing pula bagi anak perempuan sebagai aqeqah. Mahal sangatkah 2 ekor kambing berbanding dengan rahmat Allah yang tak terkira banyaknya. Lakukanlah seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW iaitu menyembelih aqeqah pada hari ketujuh kelahiran bayi dan seterusnya berilah nama yang baik. Faktor nama yang baik sememangnya akan mempengaruhi perwatakan bayi ini. Berikanlah daging aqiqah tadi kepada orang yang layak menerimanya seperti fakir miskin, janda dan anak yatim sesuai dengan sunnah Nabi.
Selain memberi nama dan aqeqah pada hari ketujuh, nabi telah mencontohkan agar bayi ini dicukur licin pula kepalanya. Setiap yang dicontohkan melalui Nabi SAW sememangnya banyak kebaikan atau hikmahnya. Kalau nak lihat apakah kesannya kepada bayi anda carilah bayi-bayi lain yang tidak dicukur rambutnya. Pasti anda akan temui bahawa kulit kepala bayi ini banyak berkudis dan bernanah. Jadi inilah hikmahnya setiap sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW untuk dicontohi oleh kita semua.
Nabi memberi contoh yang sempurna tetapi ramai rakyat Malaysia kini seolah-olah lebih pandai dari Allah dan Nabi. Nabi membuat sesuatu hatta bercukur atas perintah Allah kerana hikmah-hikmahnya. Rakyat Malaysia ubah syaria’at ini dengan membuat kenduri bacaan marhaban dari kitab Jaafar AlBarzanzi walaupun kitab ini banyak penyelewengan aqidah. Selepas itu potong sedikit rambut lalu masukkan kedalam kelapa muda yang dipotong indah kerana dipercayai rambut yang dimasukkan keladalam air kelapa muda ini akan membawa kebaikan tertentu. Ini sudah satu perbuatan syirik yang jelas mengikut perbincangan diatas. Nabi suruh cukur semua rambut tetapi kita buat syariaat baru iaitu potong rambut depan sahaja. Kita lebih pandai dari Allah dan rasulnya. Dan apa yang amat jelas ialah budaya masukkan rambut dalam air kelap muda sememangnya amalan budaya orang hindu. Orang hindu pada hari Thaipusam pecahkan biji kelapa kerana kononnya ada hikmahnya yang tertentu.
Dari masa kesemasa ibu bapa baru ini akan membawa bayi kecilnya ke rumah saudara mara dan sahabatnya. Sepanjang perjalanan perbanyakkanlah zikir. Apa yang sangat perlu diingati ialah "jangan menunjuk samaada dengan jari atau dengan mulut sebarang benda yang dilihat sepanjang perjalanan terutamanya kuil, rumah berhala, kubur, patung-patung, gambar, bukit, gua dan gunung." Jikalau anda nak buat satu amali mudah bolehlah anda menunjukkan kepada bayi anda mana kuil hindu dengan jari telunjuk anda dan tunggulah beberapa ketika apa yang akan berlaku.
Setelah sampai kerumah yang dituju, apa perlu dilakukan apabila tiba-tiba sewaktu memasuki rumah ini bayi terus menangis (akibat gangguan syaitan) yang luar biasa ? Ini adalah petanda yang menunjukkan bahawa rumah ini terdapat banyak syaitan yang berdamping dengan barang-barang tangkal/azimat, patung (patung kuda atau patung pemberian kawan dari Bali), gambar dll. Berilah alasan yang baik kepada tuan rumah dan tinggalkan rumah tersebut secara segera. Kalau perlu juga pergi kerumah ini bersama bayi, pergilah selepas bayi berumur satu tahun. Ketika ini bayi ini sudah tidak ada lagi keistemewaan untuk melihat syaitan.
Sebelum bayi lahir, latihlah diri anda selalu bersembahyang berjamaah bersama isteri/suami. Sebelum maghrib, tutuplah pintu dan tingkap. Lubang angin (ventilation) tidak mengapalah dibiarkan terus terbuka. Amalan orang tua-tua dikampung dahulu kala ada banyak muslihatnya yang tidak diketahui.
Adakah boleh menerima tetamu diwaktu mendapat bayi ini ?. Jawapannya adalah boleh tetapi dengan cara yang betul. Kalau kita menerima tetamu waktu malam dan tetamu terus pula mendukung bayi ini, jawapnya tunggulah menjelang tengah malam nanti pasti bayi anda akan melalak. Cara yang betul ialah sediakan air untuk berwuduk diluar rumah untuk tetamu mengambil air sembahyang. Kalau diluar rumah ada paip air lebih mudah. Pentingnya ialah pastikan tetamu mengambil air sembahyang terlebih dahulu diluar rumah bukan masuk rumah baru ambil wudhuk.
Jika suami balik kerumah dari tempat kerja atau dari kebun juga amalkanlah mengambil air wuduk sebelum memasuki rumah, mudah-mudahan bayi akan dilindungai Allah dari gangguan syaitan.
Bapa juga dilarang untuk membawa masuk benda-benda berdarah selepas maghrib. Kalau nak beli ayam atau daging lembu, belilah waktu siang hari dan bawa masuk rumah sebelum waktu maghrib. Kalau ada juga orang memberi rezeki ayam yang sudah bersembelih atau daging pada waktu malam, janganlah bawa masuk kerumah tetapi mintalah jiran anda simpankan daging atau ayam ini sehingga esok hari.
Kini tibalah pula bahagian bagaimana sekiranya bayi diganggu syaitan dan menangis tanpa henti. Apabila anda meyakini bahawa tangisan bayi anda adalah luarbiasa yang mungkin disebabkan oleh gangguan syaitan, bacalah kalimah-kalimah Allah seperti ayat Kursi dengan kyusuk serta mengharapkan perlindungan dariNya dan selepas itu hembuskanlah perlahan-lahan kebelakang telingan kanan bayi ini. Perlu diingati bahawa perlindungan adalah dari Allah dan bukan dari ayat Kursi ini. Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Boleh juga dibacakan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas. Sebagai satu latihan harian yang baik, adalah digalakkan bagi ibu atau bapa membacakan ayat-ayat bermula dari ayat Kursi hingga An Nas setiap kali menidurkan bayi, mudah-mudah Allah (dan bukan ayat-ayat ini) akan memberikan perlindungan kepada bayi anda.
Sebagai bapa, berilah isteri makanan dari rezeki yang baik kerana susu yang diberikan kepada bayi akan membawa seribu rahmat. Sebagai ibu pula, bertekadlah semasa mengandung untuk menyusukan bayi anda kalau dapat hingga bayi berumur 2 tahun. Menyusukan bayi jauh lebih murah dari memberikan bayi susu formula. Tambahan lagi ibu lebih mudah dan selesa diwaktu malam kerana tidak perlu bangun untuk membancuh susu formula. Ibu bapa pula lebih tenteram kerana susu ibu akan insyaAllah menjadikan bayi tidak banyak kena penyakit terutamanya selsema dan batuk. Bayi yang mengidap selsema dan batuk akan banyak merengek dan menjadikan suasana ibu bapanya tegang dan banyak berjaga malam yang sungguh meletihkan.
Bagi mempastikan bayi terus membesar dengan sihat tanpa sebarang musibah seperti penyakit dan kemalangan lain, ibu bapa amat perlu memainkan peranannya. Kadang-kadang secara tiba-tiba bayi mendapat batuk dan selsema yang teruk tetapi setelah diperiksa kemungkinan besar penyakit ini adalah berpunca dari kesilapan ibu bapanya. Kesilapan yang selalu dilakukan oleh ibu ialah sifat megah dan riak (menunjuk-nunjuk). Megah dan riak hanya sifat kepunyaan Allah. Manusia tidak layak mempunyai sifat-sifat ini kerana manusia adalah lemah. Apabila seorang ibu suka sangat menceritakan betapa comelnya bayi beliau kepada rakan dan jiran, maka tunggulah saat bila mana bayi anda jadi tidak comel lagi apabila kena penyakit selsema dan batuk dengan ingus meleleh dan kurus kerana tak lalu makan. Terimalah musibah dari Allah akibat dari tangan (mulut) anda sendiri sesuai dengan firman Allah dalam ayat 30 surah As Syuura’ diatas. Sepatutnya bila bayi terus membesar dengan comel dan lincah, si ibu perlu banyak mengucap syukur dengan membanyakkan zikir mudah-mudahan rahmat Allah ini akan ditambah lagi. Apa yang berlaku dipejabat apabila seseorang bertanyakan khabar bayi yang baru lahir, tak habis-habis si ibu menceritakan kisah bayinya yang itu dan yang ini. Cubalah belajar dengan menjawab "Alhamdulillah bayi saya sihat" dan cukup setakat itu sahaja supaya terelak dari sifat megah dan riak dengan nikmat Allah ini iaitu dapat bayi.

kehamilan
Posted by
shamawar
comments (0)
SUDAH menjadi kebiasaan ibu-ibu mengandung menghadapi pelbagai masalah sepanjang proses kehamilan. Masalah demi masalah yang dialami ini hakikatnya menjadikan wanita hamil itu dalam keadaan yang tidak selesa malah sehingga menimbulkan komplikasi yang lebih serius sama ada dari segi kesihatan fizikal dan mental.
Mahu tidak mahu kehamilan dilalui oleh majoriti wanita yang berkahwin. Hakikatnya Islam meletakkan kemuliaan yang paling tinggi kepada kaum ibu melebihi tiga kali kemuliaan berbanding kaum bapa dalam hal penghormatan yang harus diberikan oleh anak-anak.
Malah hadis riwayat al-Hassan bin Safwan, Tabrani dan Ibnu As-Sahin dan Salamah menjelaskan lagi kelebihan yang diperoleh wanita yang mengandung, melahir, menyusu dan memelihara anaknya.
Apakah reda hai golongan wanita bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil daripada suaminya yang telah menikahi dengan halal (menurut syariat Islam). Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia berasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui anak, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Menyedari hakikat ini, Telaga Biru Sdn. Bhd. di samping menerbitkan album-album nasyid dan motivasi telah mengorak langkah mengeluarkan bahan pendidikan dan bimbingan Islam. Terbaru ia menerbitkan buku berjudul Amalan Ibu Mengandung: Menurut al-Quran, as-Sunnah dan Pengalaman.
Inisiatif terbaru ini didokong oleh tiga orang penulis yang berwibawa untuk menyorot hal-hal berkaitan ibu mengandung. Mereka ialah penceramah bebas yang tidak asing lagi, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Muhammad Zakaria dan Jaafar Salleh.
Isteri memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membuat persiapan diri sepanjang masa hamil hingga melahirkan anak. Selain itu, para suami harus memberi penumpuan yang tinggi kepada isteri apabila dia mula hamil. Hinggakan ada istilah father pregnant di kalangan masyarakat Barat.
Perkembangan sebegini harus diikuti oleh semua manusia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama. Pun begitu, umat Islam mempunyai satu lagi senjata hikmat iaitu berserah menerusi doa kepada Allah s.w.t. yang telah merancang dan melaksanakan segala yang bernyawa dan yang tidak bernyawa di muka bumi ini.
Dalam Islam, usaha mendidik anak-anak tidak hanya bermula setelah bayi lahir atau setelah kanak-kanak mumayyiz (berakal), tetapi bermula sejak bayi dalam kandungan lagi. Bahkan jika kita merujuk kepada panduan mencari pasangan hidup, pendidikan bermula daripada memilih pasangan dan mengadakan majlis walimah lagi. Ini disebabkan semuanya mempengaruhi dan memberi kesan kepada bentuk sahsiah zuriat akan datang.
Lantaran itu, sepanjang kehamilan aspek persediaan rohani dan adab penting diambil kira kerana ia menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan. Tingkah laku dan perasaan seorang ibu sewaktu mengandung mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan sikap dan jiwa anak-anak kelak.
Oleh yang demikian, tenang atau gelora jiwa ibu sewaktu mengandung memberi kesan kepada jiwa anaknya dalam kandungan.
Selain itu, ibu-ibu yang sedang mengandung hendaklah sentiasa menjaga segala pancaindera iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki daripada maksiat-maksiat atau dosa-dosa zahir kerana ini akan mengotorkan hati.
Petua
Menyentuh soal kepercayaan dan pengamalan kepada petua-petua tertentu ketika mengandung, ia bukanlah suatu ketetapan atau kewajipan, hanya suatu amalan dan usaha dalam melahirkan zuriat yang cemerlang.
Buku ini mengandungi petua-petua yang menjadi amalan sejak berkurun lamanya dan terbukti membuahkan hasil memuaskan. Akan tetapi, perlu diingat, segalanya ketentuan Allah, kita hanya mampu berusaha.
Aspek penampilan diri juga perlu diambil perhatian biarpun diri berbadan dua. Di samping petua dan amalan kerohanian yang sangat perlu diamalkan oleh ibu-ibu mengandung, persiapan lahiriah juga tak kurang pentingnya. Jadi dapatkan beberapa cara dan tips meningkatkan seri wajah ibu mengandung dalam bab Penampilan Ketika Mengandung.
Ramai wanita yang tidak menghiraukan kesihatan mereka selepas bersalin kerana memikirkan sudah selamat setelah melahirkan anak. Pendapat sebegini harus dielakkan dan berbahaya kepada kesihatan para ibu. Kebiasaannya, selepas bersalin, wanita akan mengalami beberapa masalah umum yang tidak sepatutnya diambil ringan.
Buku ini juga menyentuh berkaitan penjagaan dan rawatan selepas bersalin. Ramai wanita yang tidak mempedulikan bentuk badan dan kesihatan mereka setelah bersalin. Cara begini salah dan boleh mengundang kepada masalah perhubungan suami isteri.
Oleh itu, untuk menjaga dan merawat kesihatan selepas bersalin, beberapa petua dilampirkan. Sikap isteri yang mengambil ringan tahap kesihatan dan bentuk badan selepas bersalin akan membawa impak negatif kepada perhubungan suami isteri.
Ibu-ibu juga digalakkan melakukan sedikit senaman untuk melancarkan peredaran darah, pencernaan atau penghadaman makanan, memperbaiki selera makan dan mengurangkan kegelisahan. Senaman juga boleh membantu memudahkan waktu bersalin. Selain bertujuan menjaga kesihatan ibu dan anak dalam kandungan, senaman juga dapat memudahkan saat-saat bersalin.
Bab 16 pula menyentuh tentang penyusuan bayi. Susu ibu amat penting bagi perkembangan fizikal dan mental anak-anak. Susu dianggap sebagai kunci hubungan antara pemakanan dengan faktor kejiwaan serta kesan hubungan rapat antara anak dengan ibu. Kesan penyusuan, sama ada kandungan zat susu dan adab-adab ketika menyusu, menjadi faktor ke arah pembentukan peribadi anak-anak.
Secara keseluruhannya buku ini banyak mengutarakan panduan untuk ibu-ibu mengandung, suri rumah, bakal pengantin, pengantin baru, pengantin veteran dan remaja yang bakal menempuh alam kedewasaan.
Teksnya yang dipermudahkan dalam bentuk byline, flashers, nota ringkas, sub-tajuk dan kisah serta foto-foto yang realistik memberi gambaran bahawa kehamilan adalah sesuatu yang biasa dan mudah dilalui.
Selain itu, paparan beberapa ilustrasi yang menarik, berjenaka dan merehatkan pembacaan serta diselangi dengan gambar rajah, carta, grafik, hiasan dan jadual sekali gus menjadi ia mudah difahami dan senang diingat.
Bagi melengkapkan amalan, buku ini juga turut diselitkan ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan sebelum, semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.
Sumber: Utusan Malaysia, 28/04/2006

comments (1)
Assalamualaikum wbt...
esok, 17hb Oktober 2009 genapla 3purnama ShaMawar bergelar pasangan suami isteri. Alhamdulillah, sepanjang 3purnama ini telah bermacam pengalaman telah ShaMawar lalui. maklumla baru nak belajar hidup berdua. namun kekuatan dari-Nya jua hanya dengan pertolongan-Nya ShaMawar dapat lalui segala mehnah, jerih perit hidup bersama ini dengan tenang.
dikesempatan idul fitri 1430H yang masih berbaki ini, memohon kemaafan seandainya ada kesilapan yang dilakukan sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak. di hujung Syawal ini juga harapnya menjadi titik permulaan ShaMawar dalam dunia blogger ini untuk meng'update' blog ShaMawar ini sentiasa. maklumla, mood honeymoon masih lagi menyala-nyala dalam jiwa ShaMawar...=) Moga akan terus menyala-nyala hingga ke akhir usia ShaMawar.
insya Allah ShaMawar akan menceritakan warna-warni kehidupan ShaMawar nanti, akan meng'upload' gambar2 kenangan terindah ShaMawar, akan meng'follow' blog2 Baitul Muslim ( Rumah Tangga Islam)- bagi yang dah ada rumah dan tangga dan juga tips-tips kebahagiaan Baitul Muslim di dunia jua di Akhirat yang kekal abadi.
di sini disertakan beberapa keping gambar semasa majlis merisik ShaMawar pada 19hb Mac 2009. berjumpa lagi di entri akan datang. nantikan kisah sejarah pertemuan ShaMawar buat pertama kalinya. iaitu 15tahun yang lepas. tunggu yer... =) moga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Labels:
Warna-warni ShaMawar